Monday, May 26, 2008

Perasmian Hari Palang Merah

First of all,
Sorry for this late post.
We just can't avoid emergencies,can we?

And here is,
Perasmian Hari Palang Merah in STAR.





Ucapan oleh Justin Ng & Katrina.





Sila tonton.



Begitu juga dengan yang ini.

Ya,itulah dia.

Thursday, May 8, 2008

Hari Palang Merah Sedunia

Selamat Hari Palang Merah Sedunia




Sejarah Pengasas Palang Merah,
Sir Jean Henry Dunant


8 Mei 1828

Dilahirkan di Geneva, Switzerland. Terkenal dgn gelaran ‘Bapa Palang Merah’. Ayahnya seorang peniaga terkenal dan berharta manakala ibunya pula seorang penyayang dan patuh pada arahan agama.

1849


Bekerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan perbankan

1853

Disebabkan ketekunannya, beliau telah diberi tugas sementara sebagai Pengurus Besar dalam sebuah syarikat subsidiari di Algeria dan Sicily yang juga dikenali sebagai Swiss Colony of Setif.

Beliau berminat kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France & Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union (YMCU) manakala di England pula dikenali sbg Young Men’s Christian Association (YMCA). Dalam tahun ini, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan agar satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja

25 Jun 1859

Bertolak ke Solferino di utara Italy yang sedang dalam peperangan pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan Maharaja Perancis, Napolean III dalam mendapatkan konsesi tanah bagi pembinaan kilang gandumnya di Algeria.

Apabila sampai di Castiglione, didapatinya ramai manusia yang menerima bahana peperangan. Beliau cuba membantu meringankan kesakitan dan penderitaan mangsa perang yang tercedera. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau melupakan sementara hal-hal perniagaan. Beliau mula menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dapat diringankan dan peperangan dapat dielakkan.

Oktober 1862

Menerbitkan buku kecil bertajuk ”A Memory of Solferino” (Un Souvenir de Solferino) lalu diposkannya kepada orang-orang berpengaruh di seluruh Eropah. Di samping menceritakan pengalamannya, buku itu juga menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua negara. Saranan konsep trinity antarabangsa di antara negara untuk memastikan orang yang sakit dapat dijaga ini telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.

7 Februari 1863

Geneva Society for Public Welfare melantik Jawatankuasa Berlima (committee of five) bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar;
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha

1867

Mengemukakan rancangan The International and Universal Library. Pada masa yang sama, perniagaannya mula merosot disebabkan telah terlalu lama mengabaikan perniagaannya. Beliau mula menyerahkan segala yang menjadi kepunyaannya bagi melunaskan segala hutang. Tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau merancang untuk meletakkan jawatan.

8 September 1867

Jawatankuasa Berlima (committee of five) menerima peletakan jawatannya bukan sahaja sebagai Setiausaha tetapi juga sebagai ahli. Beliau terpaksa hidup sebagai pengemis. Beliau kemudiannya mula meninggalkan Geneva dan pergi ke Paris

1870

Melawat dan mententeramkan mangsa-mangsa yang tercedera yang dibawa ke Paris sewaktu Peperangan Franco-Prussian; memperkenalkan pemakaian kain pembalut (bandage)

1 Februari 1875

Merintis satu kongres antarabangsa bagi menghapuskan perdagangan hamba dari kalangan orang-orang negro yang dilakukan secara terbuka di London

Julai 1887

Berpindah ke Heiden, sebuah bandar kecil di Switzerland

1890

Guru sebuah kampung yang bernama Wilhelm Sonderegger telah menemui beliau dan memberitahu dunia bahawa Henry Dunant masih hidup tetapi dunia seolah-olah tidak mempedulikan berita tersebut

1892

Beliau jatuh sakit dan dihantar ke rumah tumpangan bernombor 12 di bandar itu dan mengahabiskan 18 tahun terakhir hidupnya di situ.


1895

Journalis muda bernama Georg Baumberger dalam ekspedisinya ke gunung berhampiran Heiden telah mendengar kisah Henry Dunant ini lalu mencarinya untuk menemuramah. Ekoran daripada ini, seluruh dunia mula sedar bahawa Dunant masih hidup dan berada dalam keadaan uzur dan daif. Maka ramailah pihak mula ingin membantu

1901

Jawatankuasa Nobel telah menganugerahkan beliau Hadiah Nobel Keamanan yang pertama bersama dengan Frenchman Frederic Passy dari Perancis. Pingat tersebut dikirim kepada beliau dari Christianal

30 Oktober 1910, Ahad

Sir Jean Henry Dunant

meninggal dunia di Heiden.

Semasa kematian beliau, tidak ada upacara rasmi diadakan, tidak ada penziarah, dan tidak ada pengiring. Melaksanakan hajat beliau yang ditulis didalam sepucuk surat, beliau diangkat ke kubur beliau (seperti anjing).

Segala hadiah wang yang diterima tidak beliau belanjakan. Beliau mewariskan sedikit sebanyak kepada warga hospital yang menjaga beliau, memberi tilam kepada orang-orang yang sangat miskin, dan selebihnya kepada syarikat-syarikat yang berasaskan kemanusiaan di Norway dan Switzerland.

Sir Jean Henry Dunant
Pengasas Palang Merah